Masih ramai yang tidak tahu bahawa bersauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.
Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing. Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.
Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan
banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda
dan bakar kalori pada masa yang sama.
1) MENGURANGKAN STRES - Stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot dan muram. Malah ada yang mampu bertindak diluar kawalan bila terjadinya stres. Haba dari sauna mampu mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin. Endorfin adalah satu penghasilan semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang akan bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin Ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
2) MELEGAKAN OTOT - Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap aarthritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam atau melakukan kerja-kerja berat. kenaikan suhu badan semasa bersauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
3) KULIT YANG SIHAT & BERSERI - Sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menghasilkan lebih banyak nutrien dibawah lapisan kulit dan permukaan tisu. Hasilnya kualiti kulit akan menjadi lebih baik secara beransur-ansur.
4) MEMBAKAR KALORI - Proses berpeluh memerlukan tenaga yang banyak. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang individu itu dengan mudahnya boleh berpeluh sebanyaj 500 gram dalam satu sesi sauna, ianya bersamaan seperti membakar hampir 300-400 kalori.
No comments:
Post a Comment