Friday, 18 March 2016

TIPS MUDAH KURUSKAN LENGAN



Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ianya seakan susah dicapai dengan meningkatnya usia bagi sesetengah orang.

Di bawah ini dikongsikan tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

1. ANGKAT BERAT
♡ Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah dengan menggunakan " DUMBELL "

2. MAKANAN
♡ Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

3. MINUM BANYAK AIR
♡ Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

4. PUSH-UP
♡ Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.

Apa sekalipun anda janganlah mudah berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan. Lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai ! It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu ingat, you reap what you sow!

#fitmom #fitnesstips #fitnessjorney #healthyfood #healthylife #nakkurus #taknakgemuk #malaysiasihat #selangor #shahalam #setiaalam #workfromhome

No comments: